Islamic Widget

Saturday, July 30, 2011

Adab Menuntut Ilmu Dan Berguru

Adab Menuntut Ilmu Dan Berguru
1.      Memulai dengan memberi hormat dan salam kepada guru.
2.      Tidak membicarakan sesuatu yang tidak ditanya atau diminta oleh guru.
3.      Tidak banyak bercakap dan membuat bising dihadapan guru.
4.      Bertanya kepada guru setelah meminta dan mendapat izin guru, dan pada masa yang sesuai.
5.     Jangan bertindak dan menunjuk sikap bertentangan dengan guru kerana menyangka guru dalam kesalahan/   kesilapan atau menyangka diri kita benar/ betul.
6.      Elak dari menyakiti perasaan guru dengan percakapan atau perbuatan yang tidak disukainya.
7.      Beri tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran yang sedang di ajarkan guru.
8.      Pastikan anda membantu guru apabila melihat beliau memerlukan  bantuan.
9.      Bercakap kepada guru dengan bahasa yang baik dan sopan santun.

Adab Belajar
1.      Menghadap ke arah kiblat.
2.      Mendoakan ibu bapa dan guru-guru.
3.      Belajar dengan selesa.
4.      Jangan meniarap atau berbaring ketika belajar.
5.      Jangan belajar di tempat yang tidak terang.
6.      Berikan tumpuan.
7.      Membuat nota ringkas atau peta minda.
8.      Jika perlu, belajar secara berkumpulan.
9.      Hormati guru serta rakan seperguruan.
10.  Membantu rakan yang lemah dalam pelajaran.
11.  Banyakkan bertanya perkara yang perlu dalam kelas.
12.  Dapatkan restu ibu bapa dan keberkatan ilmu dari guru.
13.  Buat banyak latihan.
14.  Bangun malam untuk bermunajat dan solat tahajjud.
15.  Dapatkan bantuan dari guru dan rakan yang bijak.
16.  Amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis (terutama yang lemah otak).
17.  Jangan benci atau berdendam dengan guru.
18.  Amalkan sunnah Rasulullah SAW dan adab-adab harian.
19.  Jaga pemakanan (jauhi yang haram dan syubhah) dan amalkan makanan yang membantu otak seperti kismis, kurma, habbatus sauda’, susu segar dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment