Islamic Widget

Friday, April 15, 2011

Teknik Menghafal Al-Quran

A-     Syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang menghafaz Al-Quran :

1.       Ikhlas

-          Semata-mata kerana Allah.
-          Untuk mempertahankan Al-Quran daripada sebarang penyelewengan.

2.       Bersungguh-sungguh

-          Cekal dan tabah menghadapi rintangan.
-          Kesungguhan yang kuat dan jitu bagi menghadapi ayat-ayat Al-Quran yang dating dengan pelbagai bentuk ( ada yang panjang, ada yang berulang-ulang seperti surah Ar-Rahman / Asy-Syu’araa dan bermacam-macam jenis ayat.
-          Mengutamakan jadual menghafaz dan mengulang Al-Quran daripada program lain yang tidak penting.

3.       Berterusan (Istiqamah)

-          Proses menghafaz memerlukan masa yang lama seperti 2-3 tahun atau 5-6 tahun.
-          Tidak boleh menghafaz mengikut perasaan dan suasana hati (mood). Contoh : menghafaz ketika mood baik sahaja, apabila mood tidak baik, tidak menghafaz.
-          Perlu ada sasaran dan penentuan masa dalam proses menghafaz serta perlu dilaksanakan dengan istiqamah.

4.       Rajin

-          Faktor utama untu mencapai kejayaan.
-          Menjadikan Al-Quran sebagai teman hidup.
-          Rajin mengulangi Al-Quran di mana sahaja berada.

5.       Guru yang berkelayakan

-          Guru adalah penggerak utama (menghafaz dan mengulang).
-          Hafalan mesti di baca dihadapan guru bagi memastikan kesahihan hafazan.
-          Guru juga bertindak sebagai penasihat kepada penghafaz.


B-      Proses Penghafazan

1.       Apabila telah duduk di hadapan Al-Quran, baca istighfar sebanyak yang mungkin.

2.       Mulakan dengan selawat ke atas Rasulullah SAW dan membaca surah Al-Fatihah.

3.       Membaca doa penerang dan untuk dibukakan hati dan ingatan. Contoh:

يا معلم ابراهيم الحكمة علمّنا, يا مفهم سليمان فهمنا, ففهّمنها سليمان وكلا ءاتينا حكما وعلما وسخرنا مع داود الجبال يسبّحن والطير وكنا فاعلين,  ياربّ سليمان, ويا ربّ ابراهيم, وياربّ موسى وعيسى, وياربّ محمد صلى الله عليه وسلم, أخرجنا من ظلمات الجهل والنسيان, برحمتك يآ أرحم الراحمين, اللهمّ زدنا علما, وارزقنا فهما, برحمتك يآ أرحم الراحمين, اللهمّ نوّرنا علمك, وأبعدنا النّسيان, برحمتك يآ أرحم الراحمين, اللهمّ ارزقنا فهم النبيّين, وحفظ المرسلين,  برحمتك يآ أرحم الراحمين, والحمد لله ربّ العالمين.

4.       Membaca ayat-ayat yang hendak dihafaz secara melihat mushaf dengan cermat dan bertajwid beberapa kali sehingga lancar.

5.       Mengulang-mengulang bacaan bermula dengan bacaan lambat (tartil) dan dipercepatkan hingga bacaan yang agak cepat (tadwir/hadr).


-          Ayat-ayat tersebut diulang-ulang sehingga keadaan fizikal ayat tersebut tergambar dalam minda penghafaz.
-          Bilangan pengulangan ayat tidak dihadkan, bergantung kepada kekuatan minda sesorang dan juga ketentuan dari Allah SWT.

6.       Menyambung ayat pertama dengan ayat berikutnya.

-          Setelah ayat pertama diingati dengan mantap, beralih kepada ayat kedua dan berikutnya.
-          Cara hafazan ayat kedua sama dengan yang pertama.
-          Setelah diingati ayat kedua dengan mantap, ulangi semula ayat pertama dan disambungkan dengan ayat yang kedua, dan begitulah seterusnya.

C-      Menjaga Hafazan Al-Quran

1.       Hafazan Al-Quran mesti dijaga dengan baik dan teliti.

2.       Al-Quran amat cemburu dan meninggalkan orang yang tidak membaca dan menjaganya. Sabda Rasulullah SAW :


تعاهدوا بالقرآن فوالذى نفس محمّد بيده لهو اشد تفلتا من الابل فى عقلها
Maksudnya : Jagalah Al-Quran dengan sentiasa membacanya. Demi jiwa Muhammad berada dalam genggaman-NYA, ia (Al-Quran) teramat lebih liar dari unta  yang tercabut ikatannya (unta adalah haiwan yang amat liar dan apabila terlepas ikatannya, ia amat susah untuk di jejaki). – Hadis Riwayat Muslim.


3.       Al-Quran amat mudah dilupai jika tidak cukup kawalannya.

4.       Cara menjaga dan mengawal Al-Quran tidak lain dan tidak bukan ialah dengan membaca dan mengulang-ngulang hafazan secara berjadual dan istiqamah.




No comments:

Post a Comment